suria

Kembali 3 digit, terkini 172 kes baharu positif Covid-19

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Isnin menyaksikan pertambahan 172 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu sebanyak 7,417 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,323 kes.

Katanya, daripada jumlah 172 itu, lapan melibatkan kes rakyat tempatan, manakala baki jangkitan pendatang asing di depoh tahanan.

"Daripada 172 kes baharu yang dilaporkan, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 1 Syawal catat 60 kes baharu positif Covid-19

"Daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes telah dikesan di tiga depoh tahanan imigresen.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana depoh-depoh imigresen ini merupakan tempat yang diasingkan daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa," katanya pada sidang media, petang Isnin.

Katanya, daripada jumlah itu juga lapan melibatkan kes rakyat tempatan, manakala baki jangkitan pendatang asing di depoh tahanan.

Bagaimanapun, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan pada Isnin.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 115 kes," tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Isnin, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 34 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Isnin.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 5,979 kes," kata Dr Noor Hisham

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid0-19, kematian,

Artikel Lain