suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M terima semula jawatan sebagai Pengerusi Bersatu

Tun Dr Mahathir dilaporkan menerima kembali jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selepas memutuskan untuk melepaskannya pada Isnin.

TUN Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), pada Khamis.

Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Memetik portal Harian Metro, perkembangan terbaharu itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sokong penuh Tun M, tolak peletakan jawatan pengerusi parti

Dr Mahathir pada Isnin lalu membuat keputusan mengejut apabila bertindak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan oleh presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, parti itu sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu, selain membuat ketetapan untuk memberikan sokongan penuh kepada beliau selaku perdana menteri.

Menerusi kenyataan media oleh Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin pada Rabu menyatakan, kesemua ahli Dewan Rakyatnya telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir, Pengerusi, Bersatu

Artikel Sebelum

Artikel Lain