suria

Krisis politik: Raja-Raja Melayu dijangka adakan pertemuan esok

Raja-Raja Melayu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, esok. Foto: The Star

RAJA-RAJA Melayu dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Pertemuan itu, ketika negara sedang berdepan dengan ketidaktentuan politik, dijangka berlaku sebelum solat Jumaat.

Seorang pegawai dari Istana Negara ketika dihubungi berkata, mereka belum mendapat sebarang pengesahan mengenai pertemuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah tercipta! Agong ‘interview personally’ 221 MP dalam masa 2 hari sebelum putuskan PM ke-8

Agong telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad; pemimpin parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, DAP, dan juga dari parti pembangkang awal minggu ini.

Dalam pertemuan secara berperingkat bermula petang Selasa itu, baginda ingin mengetahui secara bersemuka sokongan setiap Ahli Parlimen terhadap calon perdana menteri terbaharu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya pada Isnin. - THE STAR

Raja-raja Melayu, krisis, politik

Artikel Lain