Covid-19: Kesemua 66 individu yang tiba dari Wuhan dikuarantin 14 hari - Semasa | mStar

Covid-19: Kesemua 66 individu yang tiba dari Wuhan dikuarantin 14 hari

Individu yang tiba dari Wuhan ditempatkan di pusat pemantauan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari. Foto: AP

KESEMUA 66 individu yang tiba dari Wuhan, China ditempatkan di pusat pemantauan di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai untuk menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Individu yang terdiri daripada 46 warganegara Malaysia dan 20 waris dan pasangan bukan warganegara, merupakan antara yang terkandas di Wuhan, wilayah Hubei, berikutan penularan Covid-19 pada akhir Disember lalu.

Mereka yang dibawa pulang dengan penerbangan khas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.45 pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Misi kedua bawa pulang 66 rakyat Malaysia dari Wuhan tiba di KLIA

Penerbangan itu turut membawa 12 kru, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia serta dua pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat tersebut ialah 89 orang.

Kumpulan 23 individu ini juga telah diletakkan di bawah tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, bilangan awal penumpang yang dijangka kembali ke Malaysia adalah 75 orang tetapi sembilan daripada mereka tidak dapat menyertai penerbangam itu atas pelbagai faktor.

“Enam penumpang yang hadir di lapangan terbang (di Wuhan) tidak dapat menaiki pesawat itu kerana isu kesihatan.

“Seorang penumpang menarik diri atas faktor kesihatan tanpa hadir ke lapangan terbang, seorang tidak dapat serta kerana komitmen kerja dan seorang lagi tidak dapat meninggalkan Wuhan atas masalah logistik,” menurut kenyataan itu. - THE STAR

Wuhan , Covid-19 , KLIA , kuarantin

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain