Tujuh anak kapal Malindo Air dikuarantin di China gara-gara seorang penumpang disyaki dijangkiti koronavirus - Semasa | mStar

Tujuh anak kapal Malindo Air dikuarantin di China gara-gara seorang penumpang disyaki dijangkiti koronavirus

Tujuh anak kapal pesawat Malindo Air dikuarantin selama 14 hari di Zhengzhou, China berikutan salah seorang penumpang dalam penerbangan itu disyaki dijangkiti koronavirus baharu.

SERAMAI tujuh anak kapal pesawat Malindo Air dikuarantin selama 14 hari di Zhengzhou, China berikutan salah seorang penumpang dalam penerbangan itu disyaki dijangkiti koronavirus baharu.

Menerusi satu kenyataan, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan penumpang dari wilayah Hubei itu menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada Jumaat.

Syarikat penerbangan itu berkata ia sedang memantau keadaan dan akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada kru dan pihak berkuasa di China untuk meminimumkan penyebaran wabak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri sahkan 3 pelancong warga China masuk Malaysia positif koronavirus

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kes keempat positif koronavirus

“Seperti yang diperkatakan, saringan proaktif terhadap penumpang dan kawalan yang lebih ketat ke atas pergerakan penumpang dari China sedang dilakukan," kata kenyataan itu.

Menurutnya, semua penumpang dari China terutama wilayah Hubei mesti mengemukakan sijil perubatan untuk membuktikan mereka layak terbang.

“Penumpang yang didapati tidak sesuai untuk perjalanan akan ditolak untuk menaiki penerbangan,” katanya.

Pada 23 Januari, Malindo Air dan AirAsia membatalkan semua penerbangan ke Wuhan, iaitu pusat wabak koronavirus.

Malaysia kini mempunyai empat kes yang disahkan koronavirus, yang mana kesemuanya adalah warganegara China. - THE STAR

koronavirus , Malindo Air , anak kapal , kuarantin , China

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain