suria

TPM pengerusi mesyuarat bincang wabak koronavirus

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri). Foto Bernama

SATU mesyuarat mengenai wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) diadakan di Putrajaya pada Ahad.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pejabatnya.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir jawab persoalan ramai kenapa Malaysia tak kuarantin, sekat pelancong China

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan kuarantin anak disyaki terkena koronavirus, 3 warga China ditahan di Lapangan Terbang Senai

Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan mengenai data dan status terkini mengenai wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

Sehingga kini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Polis Negara  Tan Sri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - BERNAMA

mesyuarat, koronavirus

Artikel Lain