suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan kuarantin anak disyaki terkena koronavirus, 3 warga China ditahan di Lapangan Terbang Senai

Pemeriksaan suhu badan di Xianning, China. FOTO: REUTERS/Martin Pollard.

SEORANG kanak-kanak China yang enggan dimasukkan ke wad pengasingan oleh ibu bapanya selepas disyaki terkena wabak koronavirus telah ditahan di Lapangan Terbang Senai, Johor.

Mangsa ditahan bersama ibu bapanya pada Sabtu malam, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kes keempat positif koronavirus

"Mereka telah dihantar ke hospital untuk kuarantin dan pemeriksaan lanjut serta rawatan," ujarnya sewaktu dihubungi.

Terdahulu, dilaporkan ibu bapa kanak-kanak berusia dua tahun itu mengelak arahan hospital agar anak mereka dikuarantin.

Menurut laporan polis oleh seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah, kanak-kanak itu dirujuk ke hospital oleh sebuah hospital swasta selepas simptom seperti wabak berkenaan dikesan dalam badannya.

Doktor memaklumkan kanak-kanak itu perlu dihantar untuk kuarantin di Hospital Permai dan menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka bagaimanapun mengabaikan arahan itu kerana mahu mengejar penerbangan pada hari berikutnya.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Aman Rabu berkata, jabatan itu sedang menyiasat kes berkenaan dan keputusan laporan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan. - The Star.

koronavirus, China

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia