“Dia tak pernah lupa kejadian itu” - Sama-sama lalui pengalaman ‘hitam’, kakak bertemu semula adik kandung selepas 7 tahun terpisah - Semasa | mStar

“Dia tak pernah lupa kejadian itu” - Sama-sama lalui pengalaman ‘hitam’, kakak bertemu semula adik kandung selepas 7 tahun terpisah

Nurin bersyukur kerana diberi peluang bertemu dengan adik kandungnya selepas sembilan tahun terpisah.

"KAKAK Sara merupakan panggilan yang sudah lama saya nantikan sejak tujuh tahun lalu selepas terpisah dengan adik kandung saya," luah seorang gadis.

Sukar digambarkan dan tidak terungkap rasa syukur gadis ini selepas doanya agar dipertemukan semula dengan adik kandungnya, Muhammad Adam Syafiq, 13, dimakbulkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak cari adik dan ayah... hanya ‘berbekalkan’ nama Abdullah - “Kami sikit pun tak pernah dicium, dibelai oleh ibu bapa kandung”

Menurut Nurin Irdina Maisarah Adullah atau lebih dikenali sebagai Nurin, tarikh 23 November menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila dia ditakdirkan bertemu semula dengan salah seorang daripada insan yang paling disayangi di dunia ini.

Gambar kenangan Nurin akhirnya bertemu kembali dengan adik kandungnya.

"Alhamdulillah syukur dan gembira sangat-sangat masa tu, orang yang selama ini saya cari akhirnya dapat bertemu. Kalau tengok reaksi muka Adam masa jumpa tu macam nak menangis saja. Syukur saya ni hanya tuhan saja yang tahu.

"Mana tidaknya bermacam-macam cara saya cuba untuk dapatkan info tentang Adam. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Adam, buat saya rasa bahagia. Panggilan 'kakak Sara' dah lama betul saya tak dengar dari mulut dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Apa yang boleh cakap masa tu perasan saya bercampur baur ada gembira, ada sedih dan kami sangat kekok sebab dah lama tak jumpa. Saya juga ada tanya Adam kalau-kalau dia masih ingat lagi apa yang terjadi, dan dia cakap yang dia tak pernah lupa tentang kejadian itu.

NURIN IRDINI MAISARAH ABDULLAH

PELAJAR

Kata Nurin lagi, dia berterima kasih kepada warga Twitter kerana sudi membantu dalam menyebarkan serta memberikan maklumat berhubung isu pencarian adik kandungnya.

"Selang dua hari (Selasa) saya Tweet di Twitter, hari Khamis malam ada seorang wanita ni DM (direct message) saya, cakap dia kenal Adam. Lepas itu saya tak fikir banyak saya terus minta nombor telefon dia.

"Saya hubungi dia, tanyakan tentang Adam, siapa dia, maklumat tentang keluarga angkat dia dan macam-macam. Rupa-rupanya wanita itu merupakan salah seorang daripada ahli keluarga angkat Adam," luah Nurin.

Kata gadis berusia 16 tahun ini, dia kemudiannya meminta kebenaran keluarga angkat adiknya yang menetap di Taman Dahlia, Johor Bahru, Johor untuk berjumpa adiknya pada Sabtu lalu bagi meluangkan masa bersama.

Seorang wanita yang merupakan salah seorang ahli keluarga angkat adiknya Adam, menghubungi Nurin.

"Saya ada jemput Adam datang rumah saya hari Sabtu baru-baru ini dan dia datang dengan kakak angkat dia. Tapi pagi tu kakak angkat dia hanya datang hantar sahaja kemudian balik, mungkin ada kerja.

"Adam duduk sampai malam dan boleh dikatakan seharian jugalah. Banyak yang kami kongsi, kami sembang-sembang dan tanya perkembangan masing-masing. Adam sempat kongsi yang dia sekarang sekolah di sebuah pusat tahfiz di Klang, Selangor. Bukan itu saja, mama pun saya tengok dia senang. Kami makan tengah hari dan makan malam sama-sama hari tu," ujarnya yang tinggal di Taman Bukit Kempas, Johor Bahru, Johor.

Kongsi Nurin lagi, walaupun gembira namun rasa kekok itu tetap ada dalam diri kerana kedua-dua mereka sudah lama tidak berjumpa dan berhubung.

Tambah gadis ini, dia turut bertanyakan jika Adam masih mengingati apa yang berlaku kepada mereka semasa kedua-duanya masih kecil yang mana mereka berdua diserahkan kepada keluarga angkat oleh ibu kandungnya sejak kecil dan mendakwa pernah berdepan pengalaman 'hitam' didera serta hampir dijual.

Posting yang pernah dimuatnaik oleh Nurin menerusi akaun Twitter miliknya.

"Apa yang boleh saya cakap masa tu perasan saya bercampur baur ada gembira, ada sedih dan kami sangat kekok pada mulanya sebab dah lama tak jumpa. Saya juga ada tanya Adam kalau-kalau dia masih ingat lagi apa yang terjadi, dan dia cakap yang dia tak pernah lupa tentang kejadian itu.

"Adam juga beritahu yang dia pernah cuba cari saya, tapi tak jumpa dan tak ada info langsung. Mungkin terbatas, dia tak ada telefon, tak ada akaun Facebook dan mungkin itu yang susah. Walau apa-apa pun saya tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada usaha," katanya.

Merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas, Johor Bahru, Johor, Nurin berkata buat masa sekarang mereka berdua belum lagi bercadang untuk mencari bapa kandung mereka seperti yang pernah diluahkan sebelum ini.

Nurin turut memuatnaik satu posting di Twitter bagi berkongsi kegembiraannya.

Ini kerana, masing-masing perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada persekolahan dan kemungkinan mereka akan mencari bapa kandungnya yang bernama 'Abdullah' selepas kedua-dua mereka tamat persekolahan.

Sebelum ini, tular kisah Nurin Irdina Maisarah Adullah atau lebih dikenali sebagai Nurin meminta bantuan warga Twitter bagi membantu dalam berkongsi maklumat tentang adiknya yang terpisah ketika dia berusia enam tahun.

adik , bertemu , keluarga angkat , berpisah

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain