suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paip pecah di Jalan Pinang, kerja baik pulih masih berjalan

Keadaan paip pecah di Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Foto @FareezAzmann

SYARIKAT Bekalan Air Selangor (SYABAS) masih menjalankan kerja membaik pulih satu lorong di Jalan Pinang, di Kuala Lumpur, akibat paip pecah berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi Isnin.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata kerosakan yang berlaku akibat paip pecah itu menyebabkan satu lorong di kawasan berkenaan masih ditutup hingga malam Isnin.

"Pihak SYABAS masih menjalankan kerja baik pulih ke atas laluan yang pecah dan berlubang itu.

"Keadaan trafik juga sesak dengan polis trafik masih mengawal lalu lintas bagi membantu orang ramai pulang daripada bekerja," katanya ketika dihubungi.

Sejak pagi satu lorong di Jalan Pinang, di Kuala Lumpur, ditutup kerana paip pecah. - Bernama

paip pecah, Syabas, Jalan Pinang

Artikel Lain