Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan - Semasa | mStar

Yang di-Pertuan Agong cemar duli bantu mangsa kemalangan

Paparan skrin rakaman berkenaan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara pada Isnin.

UNGKAPAN 'raja berjiwa rakyat' sememangnya cukup kena dengan kemuliaan hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaharu, satu rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara pada Isnin memaparkan baginda mencemar duli turun dari kenderaan rasmi yang dinaiki untuk meninjau satu kejadian kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun kerja dah buat silap besar! Pemandu berderau darah terkepit kaki Sultan Abdullah

ARTIKEL BERKAITAN: Istana Negara persembahkan foto rasmi Agong, Raja Permaisuri sempena pertabalan

Menurut pengendali akaun rasmi itu, kemalangan berkenaan berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.

Allahuakhbar... Terbaik Tuanku... Syukur kami dapat pemimpin sebegini.

NETIZEN

Baginda pada waktu itu sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara.

Menerusi video itu, baginda sempat bertanya khabar dan berborak dengan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Pada Jun lalu, baginda sempat turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Malah, kisah baginda yang beratur untuk membeli hidangan di restoran makanan segera KFC baru-baru ini turut menjadi bualan ramai.

Netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin baginda.

Dalam pada itu, rakaman itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan sikap baginda yang cukup prihatin dan mesra.

"Allahuakbar.. Mulianya hati Tuanku. Ya Allah Kau rahmatilah raja kami dan seluruh keturunannya...Amin," tulis Sheila Hassan.

"Sangat humble... Moga panjang umur," tulis Rahman Ruhaizat.

"Allahuakhbar... Terbaik Tuanku... Syukur kami dapat pemimpin sebegini," tulis Norzaiton Nawi pula.

Sehingga kini, video itu menerima lebih 10,000 tontonan dalam tempoh 20 minit selepas ia dimuat naik.

Artikel Sebelum

Artikel Lain