suria

Bella Astillah anggap Caprice sudah takut, tiada cara ‘tutup’ pembabitan dalam konflik rumah tangganya

Caprice didakwa menjadi dalang kepada penyebaran foto Bella dan Muaz.

PELAKON Bella Astillah menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Sarah Yasmine terhadap pembabitan Caprice dalam konflik mereka sudah tidak lagi boleh ditutup.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, semua yang didedahkan di media sosial mempunyai bukti sudah cukup jelas.

Kata Bella, Caprice mula berasa takut apabila namanya disebut sebagai dalang penyebaran fotonya bersama pelakon Muaz Zubir di akaun TikTok Edisi Umat.

Pendedahan yang dibuat oleh Sarah melibatkan Caprice.

Pendedahan yang dibuat oleh Sarah melibatkan Caprice.

"Lepas itu sekarang Cap (panggilan Caprice) dah takut sebab ada nama dia pun terlibat dalam perancangan buat akaun palsu dan muat naik aib-aib dengan niat yang salah.

"Cap muat naik semula benda yang sudah selesai itu semata-mata mahu menutup yang dia juga terlibat. Ya Allah, nak tutup macam mana lagi ni Cap?," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih gelap dakwa Caprice jadi dalang, nasihat Aliff jangan cerai Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tarik diri... Batalkan pertemuan dengan Aliff, Bella, Ruhainies dan Sarah Yasmine

Pada malam Rabu, kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine mendakwa Caprice turut terbabit dalam konflik membabitkan pelakon dan penyanyi berkenaan.

Dedah Sarah, walaupun Caprice mengetahui hubungan di antara Aliff dan Ruhainies namun dia didakwa berpihak kepada penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Sarah turut mendakwa video berkaitan Bella dan Muaz yang disebarkan melalui aplikasi TikTok juga merupakan hasil suntingan Caprice.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan itu juga memuat naik beberapa hantaran di Instastory miliknya menjelaskan dia bersetuju membantu Aliff sekiranya dia menunjukkan bukti yang sahih.

Menurut Caprice, Aliff menunjukkan bukti 40 gambar, video dan tiket penerbangan berkaitan Bella dan Muaz sebagai bukti terhadap semua dakwaannya.

Bella mendedahkan pihaknya sudah mempunyai bukti yang jelas tentang pembabitan Caprice.

Bella mendedahkan pihaknya sudah mempunyai bukti yang jelas tentang pembabitan Caprice.

Caprice turut menasihatkan Aliff supaya membuat laporan polis terhadap perbuatan Bella dan pelakon itu melakukannya di sebuah balai polis di Shah Alam sebelum Aidilfitri lalu.

Isnin lalu, Sarah tiba-tiba muncul dalam kekalutan tersebut apabila dia mendakwa adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain