suria

Istana Negara persembahkan foto rasmi Agong, Raja Permaisuri sempena pertabalan

Foto rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipersembahkan oleh Istana Negara. - Gambar Instagram Istana Negara

ISTANA Negara mempersembahkan potret rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Foto rasmi itu diperkenalkan sempena Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada 30 Julai ini.

Laman rasmi Instagram Istana Negara turut mempersembahkan potret rasmi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baru-baru ini, kerajaan isytiharkan Selasa, 30 Julai 2019 sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena hari bersejarah itu.

Kenyataan rasmi telah dimuat naik Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar ke laman Instagram peribadinya.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” kata Ismail dalam kenyataan itu.

Perkara ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing.


Agong, Permaisuri, Istana Negara

Artikel Lain