suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis terima laporan identiti individu dalam video seks Haziq

Rakaman video seks yang tular sejak bulan lalu.

POLIS telah menerima laporan daripada Cyber Security Malaysia  (CSM) mengenai identiti kedua-dua lelaki dalam satu rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed, berkata mereka telah menerima laporan itu tetapi tidak mendedahkan kandungannya.

"Kami akan membincangkan perkara itu dengan Jabatan Peguam Negara.

"Mahkamah menentukan siapa individu dalam video itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pencegahan kecurian kenderaan di sebuah pusat membeli-belah di Brickfields pada Selasa.

Beliau berkata, enam lelaki telah ditahan selama enam hari untuk membantu siasatan berkaitan dengan video tersebut.

Video seks, Haziq, menteri

Artikel Lain