suria

SPRM Tahan Naib Presiden Warisan

Peter Anthony (tengah) hadir ke pejabat SPRM pada Jumaat bagi memberi keterangan berhubung kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Daerah Tongod, Sabah. Foto Bernama

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony, bagi membantu siasatan berhubung urus niaga pembelian tanah ladang kelapa sawit Risda, bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

“Beliau ditahan ketika dibawa ke rumahnya,” katanya.

Peter tiba di pejabat SPRM kira-kira kam 10.25 pagi dengan ditemani peguamnya Martin Tommy dan dijangka dibawa ke mahkamah hari ini untuk perintah reman.

Rabu lalu, SPRM mengeluarkan notis memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, SPRM sepatutnya menghubungi Peter terlebih dahulu sebelum mengumumkan perkara itu di media.

Tambah Wong, Peter mematuhi arahan yang memintanya melaporkan diri kepada SPRM setiap dua bulan.

Kali terakhir beliau berbuat demikian adalah pada 27 November lalu. Ini bermakna Peter mempunyai tempoh sehingga 27 Januari ini untuk melapor diri sekali lagi.

Oktober lalu, Peter ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan dana penyelewengan berkaitan projek luar bandar di Sabah.

Bagaimanapun, Peter menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa kontrak projek diperoleh menerusi prosedur yang betul. - Sinar Online


SPRM, Peter Anthony

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain