suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Mahathir Dibenar Keluar IJN

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Isnin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, IJN memaklumkan bahawa bekas perdana menteri itu dibenarkan keluar dari wad pada pukul 4.30 petang.

"Tun Dr Mahathir akan menjalani fisioterapi dan senaman di rumah," menurut kenyataan itu.

Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN pada 9 Ogos lalu untuk rawatan jangkitan dada.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri di negara ini selama 22 tahun sehingga beliau meletak jawatan pada tahun 2003, telah menjalani dua pembedahan jantung.


IJN, Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain