suria

Selangor Cadang Kaji Paras Pendapatan Garis Kemiskinan - Azmin

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang mengkaji semula paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di negeri itu yang kini berada pada kadar RM1,500 sebulan kepada RM1,980 sebulan, sejajar dengan cabaran ekonomi semasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hasil kajian dilakukan dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mendapati PGK baharu di Selangor perlu ditetapkan pada kadar 60 peratus daripada medien pendapatan isi rumah Selangor iaitu RM3,300. 

"Penetapan PGK baharu ini bagaimanapun hanya cadangan daripada kerajaan negeri. 

"Kita boleh memilih untuk mengekalkan PGK semasa iaitu RM1,500 yang dikaji pada 2009, namun melihat kepada keadaan ekonomi semasa dan cabaran baharu, saya amat yakin bahawa negeri ini seharusnya mengkaji PGK," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbincangan meja bulat Belanjawan negeri 2017 di sini, Isnin.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, pihaknya harus meneliti implikasi sumbangan kerajaan Persekutuan kepada negeri sekiranya PGK baharu dilaksanakan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri juga perlu mempelbagaikan sumber pendapatan baharu selain hanya bergantung kepada hasil tanah semata-mata. - Bernama

Azmin Ali

Artikel Lain