suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Nelayan Indonesia Ditahan Di Perairan Pulau Pinang

gambar hiasan

GEORGE TOWN: Sebuah bot bersama lima nelayan Indonesia ditahan pada kedudukan 33.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini, Ahad.

Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Azman Samsudin berkata bot nelayan terbabit ditahan pada 3.54 petang ketika menangkap ikan di perairan negara.

"Seorang tekong bersama empat awak-awak berusia 19 hingga 32 tahun berasal dari Pantai Labu, Medan di Indonesia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata pihaknya turut merampas hasil tangkapan ikan seberat 200 kilogram dan beberapa peralatan menangkap ikan.

Bot nelayan itu dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut, katanya.

Pulau Pinang

Artikel Lain