suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Beranak Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Hasil rampasan heroin dan syabu. Gambar Hiasan

LARUT: Tiga beranak termasuk seorang remaja berumur 13 tahun ditahan di Selama, Ahad kerana disyaki memiliki heroin dan syabu.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superitendan Loo Lian Lay berkata, penahanan dilakukan kira-kira 2 petang apabila si ibu yang berumur 30 tahun yang memandu kereta itu enggan memberhentikan kenderaannya setelah ditahan pihak polis.

"Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan di bahagian tayar kereta tersebut dan menyebabkan kereta itu terbabas di kiri jalan.

"Pemeriksaan kemudiannya menemui tiga paket dadah jenis heroin seberat 37 gram dan dua paket dadah jenis syabu seberat 11 gram," katanya dalam satu kenyataan, Isnin .

Lian Lay berkata suspek lelaki yang berumur 30 tahun didapati mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan turut positif morfin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta yang sama.-- Bernama

Selama, heroin, syabu, Loo Lian Lay

Artikel Lain