suria

Penganjur Himpunan 'Tangkap MO1' Perlu Patuhi APA

Khalid Abu Bakar.

PUTRAJAYA: Penganjur perhimpunan 'Tangkap Malaysian Official 1' perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA), kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, polis akan mempertimbangkan permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu sekiranya penganjur mematuhi APA.

"Mereka perlu mematuhi akta. Jika mereka berbuat demikian, kita akan lihat apa yang kita boleh lakukan," katanya.

Ditanya sama ada sekiranya terdapat sebarang syarat berhubung lokasi yang dirancang untuk mengadakan demonstrasi berkenaan, beliau berkata, ia bergantung kepada permohonan.

"Kita akan lihat di mana mereka mahu mengadakan demonstrasi itu. Mereka perlu mengemukakan permohonan mereka terlebih dahulun dan barulah kita boleh menelitinya dengan lebih terperinci," katanya.

Beliau menambah, penganjur perlu memohon sekurang-kurangnya 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan tersebut.

Demonstrasi yang dirancang pada 27 Ogos itu dianjurkan oleh beberapa pertubuhan belia.

Artikel Lain