Tiada Rehat Bagi Adenan - Semasa | mStar

Tiada Rehat Bagi Adenan

Adenan Satem.

KUCHING: Walaupun 'Pasukan Adenan' menang besar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Sabtu lalu, Tan Sri Adenan Satem masih ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan.

Tugas terbaharu menanti Ketua Menteri itu adalah memilih barisan Kabinetnya di negeri tersebut.

Bukan sahaja itu, beliau juga perlu memulihkan pertelagahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Ahli UPP dan Teras mungkin terpaksa meletak jawatan dari parti dalam usaha untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional tetapi persengketaan masih berlarutan.

Pada Ahad, calon menang yang dikaitkan dengan UPP enggan memberikan sebarang komen ketika ditanya mengenai rancangan mereka selepas ini.

Salah seorang daripada mereka berkata lima calon menang yang dikaitkan dengan UPP bertemu pemimpin tertinggi dari parti itu untuk sesi percambahan fikiran di sini, Ahad.

Maklumat lanjut dijangka diumumkan pada Isnin.

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian gagal dihubungi.

Hanya selepas keputusan diumumkan, beliau memberitahu The Star bahawa SUPP akan mengalu-alukan calon menang kembali menyertai parti.

Pada pilihan raya yang lalu, Kabinet kerajaan negeri biasanya akan didedahkan Ketua Menteri kira-kira seminggu selepas keputusan diumumkan.

"Andaian terbaik adalah Adenan sudah mempunyai sesuatu dalam fikirannya apabila beliau memilih senarai calon.

"Kesinambungan dari segi gambaran barisan Kabinet amat penting bagi beliau kerana faktor seperti membuatkan parti komponen gembira perlu diambil kira," kata penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Jeniri Amir.

SUPP memenangi tujuh kerusi manakala calon UPP menang di lima kerusi.

SPDP bertanding di lima kerusi, tewas dua kerusi di kawasan luar bandar kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Semua bekas pemimpin Teras menang.

Barisan Kabinet Adenan sebelum ini terdiri daripada sembilan menteri. Mereka dibantu 19 menteri muda.

Selepas pilihan raya negeri pada 2011, Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu merupakan satu-satunya timbalan ketua menteri.

Sebelum ini terdapat dua timbalan ketua menteri - Jabu dan Tan Sri Geogre Chan dari SUPP yang tewas pada pilihan raya negeri 2011.

Jabu tidak bertanding pada kali ini bagi memberi laluan kepada anaknya, Naib Ketua Pemuda PBB Gerald Rentap yang menang di kerusi Layar, kerusi yang dipertahankan Jabu selama sembilan penggal sejak 1974.

Jeniri berkata selain memutuskan beberapa ramai ahli Kabinet untuk diambil dari setiap parti, Adenan perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon untuk jawatan menteri atau menteri muda.

Adenan Satem , PBB , PRN Sarawak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain