suria

PRN Sarawak: Isteri TYT Curi Tumpuan

Toh Puan Ragad Kurdi Taib (dua dari kanan) bergambar bersama pengundi ketika membuang undi di SMK Tun Abang Haji Openg.

KUCHING: Suasana suram di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg di sini diceriakan dengan kehadiran isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Beliau yang hadir berpakaian baju kurung moden turut beramah mesra dan mengambil gambar selfie bersama pengundi di pusat mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N4 Pantai Damai.

Ragad yang kali kedua mengundi dalam pilihan raya sempat bertanya kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cara untuk menanda kerta undi.

"Bagaimana saya perlu tanda? Pangkah atau 'tick'? Maaf, ini kali kedua saya mengundi," katanya.

Beliau hadir ditemani suami, Tun Abdul Taib Mahmud kira-kira pukul 10.55 pagi.

Bagaimanapun Abdul Taib hanya menunggu di dalam kereta.

DUN N4 Pantai Damai menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) yang diwakili Dr Abdul Rahman Junaidi menentang Zainal Abidin Bin Yet (PAS).

Sarawak, TYT

Artikel Lain