Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Ditemui - TPM - Semasa | mStar

Nahas Helikopter: Mayat Ketiga Ditemui - TPM

Mayat mangsa nahas helikopter ketiga yang ditemui tengah hari ini (Sabtu) tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

PETALING JAYA: Mayat mangsa ketiga nahas helikopter di Sarawak berjaya ditemui pada pukul 12.05 tengah hari di Lingga.

Penemuan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

Usaha sedang dilakukan untuk menerbangkan mayat mangsa ke Ibu Pejabat Polis Kuching bagi proses bedah siasat di Hospital Kuching.

"Mayat ketiga ditemui di Lingga. Urusan untuk menerbangkan ke IPK Kuching sedang diuruskan. Saya berada di bilik mayat hospital Kuching," tulis Ahmad Zahid.

Sebelum itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat kedua pada pukul 8.34 pagi di Sungai Batang Lupar.

Mayat mangsa yang masih terikat di tali pinggang keselamatan kerusi ditemui berhampiran Pulau Seduku, kira-kira 10 kilometer dari pusat operasi SAR.

Identiti mangsa masih belum diketahui.

Pada Jumaat pasukan SAR menemui mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon berdekatan lokasi serpihan helikopter.

Selain Noriah helikopter itu turut dinaiki suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

nahas helikopter , Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain