suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular Sawa Batik Dijumpai Mati Dalam Kebakaran Hutan

- Gambar fail
PASIR PUTEH: Bangkai seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dijumpai dan dipercayai mati dalam kebakaran hutan berhampiran kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata ular berukuran lilit 0.3 meter itu dipercayai terperangkap dan gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran itu pada 12 tengah hari sebelum api berjaya dipadamkan pada 7 malam, hari sama.

"Penemuan ular sawa itu mengejutkan orang ramai termasuk anggota bomba yang berusaha memadamkan api daripada merebak di sekitar kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata bangkai ular berkenaan ditanam oleh anggota bomba, di lokasi ia dijumpai.

Katanya, kebakaran yang membabitkan kawasan hutan seluas 20 hektar itu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka.

ular sawa batik, TUDM Gong Kedak

Artikel Lain