suria

Ismee Akan Serah Tugas Pengarah Urusan Kumpulan/CEO Pada 1 Julai

Ismee Ismail

KUALA LUMPUR: Tan Sri Ismee Ismail akan menyerahkan tugas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Datuk Johan Abdullah, berkuat kuasa 1 Julai.

TH dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan, yang menyertai TH pada 15 Januari tahun lepas sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan CEO, akan menanggung tugas sebagai CEO mulai 16 Mei.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penyerahan tugas itu adalah selari dengan pelan penggantian TH yang telah dirancang sejak Januari 2015.

Beliau berkata kepimpinan dan visi Tan Sri Ismee telah banyak menyumbang kepada kejayaan TH sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Kami bangga dan berterima kasih ke atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh melebihi 10 tahun, dengan TH berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan prestasi kewanan ke tahap yang membanggakan," katanya.

Sementara itu, Johan, yang sebelum itu berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO BIMB Holdings Bhd, mempunyai pengalaman luas dalam pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti  Morehead State University dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

Menruut kenyataan itu, di bawah kepimpinan Ismee, TH berjaya mempelbagaikan pelaburan serta aliran pendapatannya dengan hasil meningkat lebih RM4 bilion manakala keuntungan selepas zakat dan cukai melepasi RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember, 2015.

Pada awal 2006 hingga 2015, TH mencatat kuntungan terkumpul melebihi RM18 bilion.

Dalam tempoih yang sama TH juga bejaya menanggung subsidi operasi haji berjumlah RM815 juta serta berjaya memastikan pembayaran haji Muasassah  sebanyak RM9980 sejak 2009.

TH juga mencatatkan kejayaan dalam mempelopori palaburan hartanah ke luar negara termasuk di Tanah Suci, United Kingdom dan Australia. 

Dana pendeposit meningkat lebih emat kali ganda daripada RM13.3 bilion (awal 2006) kepda RM62.5 bilion pada akhir 2015. 

Pertumbuhan dan kecemerlangan TH menyaksikan peningkatan bayaran bonus pendeposit daripada RM0.6 bilion pada 2006 kepada RM3.2 bilion pada 2015 (pada kadar purata 6.6 peatus seleas ditolak zakat) yang jauh lebih tinggi daripada kadar simpanan perbankan Islam.

TH mempunyai 123 cawanagn di seluruh Malaysia dan sebuah di Jeddah, Arab Saudi.-- Bernama

Ismee Ismail, CEO, TH, Johan Abdullah

Artikel Lain