suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keputusan Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas Tamat Program Re-Hiring

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada pekerja asing akan dibawa masuk semula ke negara ini hanya akan dibuat selepas jumlah sebenar pekerja asing diperoleh daripada program Penggajian dan Penempatan Semula  Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) atau Rehiring Programme.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan perlu mengetahui jumlah pekerja asing yang tepat untuk mengetahui sejauh mana negara memerlukan khidmat mereka.

"Masih terlalu awal untuk menilai program itu. Melalui program itu Pati yang layak akan diberi permit pekerjaan, manakala yang tidak layak akan kita hantar pulang melalui program 3+1.

"Selepas kami tahu jumlah sebenar pekerja asing terkini, barulah kami buat keputusan sama ada mahu bawa pekerja asing lagi," katanya pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Negara di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Salim Sharif @ Mohd Sharif mengenai keberkesanan program pemutihan Pati yang dilaksanakan kerajaan dan jumlah Pati yang dihantar pulang ke negara asal mereka.

Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati dilaksanakan bermula pada 15 Februari hingga Disember tahun ini bertujuan memberi peluang kepada Pati yang bekerja secara haram di Malaysia diberi permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Nur Jazlan berkata setakat ini 40,374 Pati dihantar pulang ke negara asal mereka.-- Bernama



Nur Jazlan Mohamed, Re-Hiring, Pati

Artikel Lain