suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Ulangi Ketegasan Tidak Siasat 1MDB

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak menjalankan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, ini kerana pembahagian tugas telah dibuat oleh Peguam Negara kerana siasatan 1MDB di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"SPRM hanya menjalankan siasatan ke atas SRC International dan derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) di Dewan Rakyat yang meminta perdana menteri menyatakan kedudukan semasa dalam usaha SPRM menangkap ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low bagi membantu siasatan skandal kewangan 1MDB secara merentasi sempadan.

Paul Low berkata, bagi kes yang disiasat SPRM, suruhanjaya itu telah menghubungi peguam kepada Jho Low bagi menetapkan tarikh percakapannya.

"Bagaimanapun, SPRM tidak dapat mendedahkan hasil perbincangan ini supaya tidak menganggu siasatan yang dijalankan," katanya.

SPRM sebelum ini berkata isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh PDRM dan berikutan itu, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM.

1MDB, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain