suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Reman 11 Individu Termasuk 6 Pegawai TLDM Dilanjutkan

IPOH: Tahanan reman 11 daripada 15 individu, termasuk enam pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, disambung tiga hari mulai Selasa.

Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Khas Rasuah Wong Lok Hai membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Enam penjawat awam itu, termasuk seorang wanita dan seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander, disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Lima orang awam yang terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana disyaki memberi suapan manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka.

TLDM, SPRM, Rasuah

Artikel Lain