suria

Video 'Lama' Wanita Berbogel Di KL Kembali Tersebar

Zainol Samah.
PETALING JAYA: Sebuah video lama yang memaparkan seorang wanita warga asing berlari dalam keadaan bogel di Kuala Lumpur kembali tersebar, menarik perhatian pengguna Internet.

Video berdurasi 12 saat itu yang memaparkan seorang wanita sedang berlari tanpa memakai pakaian menjadi viral di media sosial.

Polis turut menerima banyak panggilan berhubung video dan menyatakan rasa bimbang mengenai penyebaran rakaman terserbut memandangkan tiada kes sedemikian berlaku baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, rakaman tersebut merupakan insiden yang berlaku pada tahun lalu.

"Kami mengenal pasti wanita tersebut sebagai seorang warga asing dari sebuah negara Eropah.

"Saya boleh mengesahkan insiden itu bukan berlaku baru-baru ini," katanya.

Zainol turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video seperti itu dengan mendakwa insiden itu berlaku baru-baru ini.
video, bogel, wanita, warga asing

Artikel Sebelum

Artikel Lain