suria

Pegawai Kastam Maut Dirempuh Lori

Gambar hiasan

BUTTERWORTH: Seorang pegawai Jabatan Kastam Pulau  Pinang yang dalam perjalanan ke pejabatnya di Perai, terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori di Jalan Perusahaan, di sini pada Isnin.

Ghazali Ishak, 33, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di Kastam cawangan Perai, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, sebuah lori dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kanan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa.

Sementara itu, dalam kemalangan di KM119.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala selatan berhampiran Bertam, dekat sini, seorang warga emas Chaw Kuai Sam, 65, maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang lori.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim  berkata ketika kejadian pada 7.10 pagi, mangsa dari Sungai Petani, Kedah sedang  dalam perjalanan ke Seberang Jaya.

"Lori itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan dipercayai kerana masalah brek," katanya.

Kastam, Kemalangan

Artikel Lain