suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya 4.3 Peratus Penduduk Islam Johor Bayar Zakat Harta

LEDANG: Hanya kira-kira 75,000 orang atau 4.3 peratus penduduk Islam Johor membayar zakat harta sebanyak RM197.5 juta pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Md Rofiki A Shamsudin berkata jumlah itu adalah amat rendah jika dibanding jumlah keseluruhan penduduk Islam di negeri ini 1.6 juta orang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Tahun 2015 Peringkat Daerah Ledang di Dewan Pusat Pengajian Al-Quran Masjid Jamek Tangkak di sini, Isnin.

Turut hadir Kadi Daerah Ledang Sheikh Mohd Zaini Mohd Salleh dan Penolong Pegawai Pendidikan Agama Daerah Ledang, Sairozi Subakhir.

Md Rofiki berkata pihaknya akan mengadakan lebih banyak penerangan tentang perlunya membayar zakat harta.

Katanya MAIJ menyediakan pelbagai saluran membayar zakat antaranya melalui potongan gaji bulanan, bayaran di kaunter bank, pejabat Pos dan perbankan internet.

Beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat di negeri ini membayar zakat perniagaan kepada MAIJ.

MAIJ mensasarkan kutipan zakat berkenaan tahun ini sebanyak RM230 juta. 

Zakat, Johor

Artikel Lain