suria

Muzik Indie Iringi Acara Terakhir Anwar Ibrahim

Penyokong dan pemimpin pembangkang dihiburkan dengan persembahan pemuzik indie di Padang Timur, Isnin.

PETALING JAYA: Umpama berpesta, penyokong pakatan pembangkang 'meraikan' acara terakhir bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum keputusan kes liwat keduanya diketahui dengan cara berbeza.

Lain daripada kebiasaannya, ceramah perdana siri jelajah 'Rakyat Hakim Negara' bagi meraih simpati terhadap ketua pembangkang itu dihiburkan dengan alunan 'live band' kumpulan pemuzik 'indie'.

Sebelum ini, ceramah pakatan pembangkang hanya diselitkan dengan bacaan puisi politik.

Bagaimanapun di lokasi ceramah terakhir Anwar di Padang Timur, di sini pada Isnin malam, hadirin bukan hanya mendengar ceramah daripada pimpinan pembangkang, namun turut dihiburkan dengan pemuzik tersebut termasuk daripada kumpulan Jingga 13.

Sejak beberapa bulan lalu, pakatan pembangkang giat mengadakan siri ceramah diseluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes liwat kedua Anwar.

Pada Selasa, Anwar akan berhadapan keputusan rayuan terakhir kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.




Artikel Lain