suria

Bestinet Sedia Kerjasama Dengan Kerajaan Tangani Isu FWCMS

Azmi Khalid.
PETALING JAYA: Bestinet Sdn Bhd bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi menangani isu berkaitan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Pelaksanaan sistem tersebut telah ditangguhkan oleh kerajaan.

Namun, Pengerusi Eksekutif Bestinet, Tan Sri Azmi Khalid berkata syarikat tersebut komited untuk menangani isu yang dibangkitkan sesetengah pihak berhubung sistem tersebut.

Beliau menegaskan walaupun sistem tersebut dilakukan secara percubaan sebelum penangguhannya, Bestinet tidak mengenakan sebarang caj kepada majikan mahupun pekerja untuk menggunakan sistem tersebut.

"Sistem tersebut ditubuhkan untuk meningkatkan pemprosesan pengambilan pekerja asing ke Malaysia.

"Kemudahan sokongan seperti pusat panggilan dan Pusat Sehenti juga telah ditubuhkan untuk memudahkan peralihan daripada sistem secara manual kepada dalam talian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Azmi berkata, sistem FWCMS juga mengurangkan ketirisan dalam sistem manual kerana ia menghapuskan keperluan hubungan fizikal antara pemohon dan pegawai yang meluluskan.

"Proses dibawah sistem tersebut sentiasa dipantau pada setiap peringkat untuk memastikan ketelusan dan integriti," katanya.

Terdahulu, The Star membangkitkan rungutan di kalangan peniaga berhubung keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyediakan perkhidmatan kontrak luar (outsource) kepada syarikat swasta.

Pada 30 Januari, Jabatan Imigresen mengumumkan pelaksanaan FWCMS ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.


Bestinet Sdn Bhd, pekerja asing, KDN

Artikel Sebelum

Jokowi Berlepas Ke Brunei

Artikel Berikut

Artikel Lain