Kehadiran Najib Pada Majlis Thaipusam Tidak Menyalahi Hukum Syarak - Jakim - Semasa | mStar

Kehadiran Najib Pada Majlis Thaipusam Tidak Menyalahi Hukum Syarak - Jakim

Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melambaikan tangan ketika menyaksikan sambutan Thaipusam oleh kira-kira 1.6 juta penganut agama Hindu dan pelancong asing di Batu Caves Selasa lalu. (gambar fail)
KUALA LUMPUR: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves Selasa lepas tidak menyalahi hukum syarak. 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu diperjelaskan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2012 yang mengatakan bahawa ia tidak bertentangan syarak selagi tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain.

"Kehadiran perdana menteri di majlis sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis itu berlangsung. 

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan.

"Selaku ketua kerajaan, perdana menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Oleh itu, katanya, tidak timbul isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa sesetengah pihak.

Mengenai pakaian yang dipakai perdana menteri semasa majlis itu, Othman berkata ia juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.

"Saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat," katanya.

Selasa lepas, Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Sri Subramaniyar Swamy di Batu Caves dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, kurta berwarna krim.

Najib Razak , Thaipusam , Jakim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain