suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

CEO GLC, Pemilik Syarikat Kapal Bakal Didakwa Pecah Amanah Lebih RM9 Juta.

PETALING JAYA: Dua individu, masing-masing ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemilik syarikat perkapalan tempatan ditahan pada Isnin kerana kesalahan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM9 juta.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati CEO berkenaan melakukan kesalahan pecah amanah membabitkan harta milik GLC, manakala individu kedua pula bersubahat dalam melakukan kesalahan itu.

Kedua-duanya didapati melakukan kesalahan itu pada 2012 di pejabat GLC berkenaan yang terletak di Lembah Klang.

Meraka juga dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin mengesahkan perkara itu.

Sumber memberitahu mStar Online, pendakwaan ke atas dua individu berkenaan adalah sebahagian kes membabitkan sektor swasta yang disiasat SPRM.

"Sehingga kini, hampir 10 orang didakwa SPRM membabitkan kes sektor swasta," katanya.


SPRM, pecah amanah, Kanun Keseksaan, GLC

Artikel Berikut

Artikel Lain