suria

China Tarik Balik Larangan Import Sarang Burung Dari Malaysia

PUTRAJAYA: China sudah menarik balik larangan import sarang burung walit dari Malaysia, selepas menguatkuasakan larangan itu dua tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, surat kelulusan dari Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, diterima pada 25 Disember lalu.

Beliau berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi kelulusan untuk mengeksport sarang burung ke China.

Katanya, setakat ini, lapan syarikat telah diberi kelulusan untuk mengeksport produk tersebut.

"Terdapat 13 lagi syarikat yang masih menunggu kelulusan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada Jun lalu, China dilaporkan telah memberi 'kelulusan bersyarat' kepada sembilan syarikat untuk memulakan eksport produk tersebut ke republik itu.

Artikel Lain