suria

Dua Lelaki Ditahan Disyaki Bawa Abu Mayat Chin Peng

BALIK PULAU: Polis telah menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, malam Selasa.

Mereka dipercayai membawa abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dari Bangkok.

Polis turut merampas dua bagasi yang dipercayai mengandungi abu mayat Chin Peng.

Dua lelaki itu yang dipercayai berusia sekitar 40-an, ditahan kira-kira pukul 10.30 malam.

Pesawat Thai Airways yang dinaiki mereka tiba pada pukul 9.55 malam.

Artikel Lain