Kertas Siasatan Inkues Kematian Penjual Nasi Siap - Semasa | mStar

Kertas Siasatan Inkues Kematian Penjual Nasi Siap

KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang telah menyiapkan kertas siasatan inkues untuk mengesahkan kematian seorang penjual nasi Lim Chin Aik yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kertas siasatan inkues itu sebenarnya telah dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya pada 20 Jun lepas tetapi dikembalikan kepada polis untuk pembaikan beberapa fakta kes.

"Polis akan serahkan semula kepada mereka (Pejabat Pendakwa Raya) dalam tempoh terdekat untuk tindakan susulan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Polis Pulau Pinang menjalankan inkues bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan sijil kematian Lim dan memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarganya.

Abdul Rahim juga menafikan dakwaan anggota exco Chow Kon Yeow kononnya polis mengabaikan pemerhatian dalam kamera litar tertutup (CCTV) dan disebabkan itu mereka gagal mengesan kejadian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan berkenaan.

"Di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pulau Pinang terdapat 60 CCTV yang kita pantau untuk lalu lintas dan jenayah, 36 CCTV di bawah kawalan MPPP manakala selebihnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Polis tidak boleh mendedahkan rakaman CCTV yang merakamkan kejadian runtuhan itu dan kami perlu dapatkan kebenaran MPPP. Jadi jangan tuduh polis tidak bertanggungjawab kerana gagal kesan (kejadian), lagipun ia berlaku dalam keadaan pantas dan kelam kabut," katanya.

Chow dipetik akhbar tempatan sebagai berkata polis mengabaikan pemerhatian terhadap CCTV yang terdapat di Ibu Pejabat Kontijen sehingga gagal mengesan kejadian seorang lelaki tertimbus.

Dalam kejadian angin kencang 13 Jun lepas, Lim, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu lepas.

Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin lepas untuk mengelak struktur bangunan Menara Umno itu terjejas. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain