suria

Nelayan kongsi tip simpan dan sejuk beku makanan laut... Kekal fresh, manis walau dah berbulan-bulan beli

Kaedah yang digunakan Shazura untuk menyimpan makanan laut atau bahan mentah lain.

MAKANAN laut merupakan bahan mentah yang mudah hilang kesegarannya apabila disimpan dalam tempoh yang lama.

Tidak hairanlah ada individu lebih suka membelinya setiap hari kerana mahukan rasa segar dan manis makanan laut dalam masakan.

Namun ramai yang memilih untuk membelinya dengan cara pukal kerana lebih murah dan menjimatkan masa serta kos.

Jika anda gemar membeli secara pukal, ini beberapa langkah penyimpanan yang boleh dilakukan untuk makanan laut mahupun bahan mentah lain kekal segar.

Petua daripada nelayan yang diamalkan suri rumah Shazura Bahari ini dikatakan bagus dan berkesan untuk penyimpanan selama berbulan-bulan.

Bahan mentah yang disimpan Shazura kekal segar dan manis.

Bahan mentah yang disimpan Shazura kekal segar dan manis.

Cara-caranya:

1. Asingkan setiap makanan laut mengikut jenis seperti udang, sotong, ikan dan sebagainya.

2. Kemudian masukkan dalam plastik kecil mengikut sukatan untuk sekali masak.

3. Taburkan gula dan gaul menyelaputi bahan mentah tersebut.

4. Masukkan dalam peti ais pada bahagian sejuk beku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain