suria

Jerebu: Hanya Sandakan Dan Tawau Nikmati Udara Bersih

PETALING JAYA: Hanya penduduk di Sandakan dan Tawau sahaja yang dapat menikmati kualiti udara yang baik meskipun di banyak kawasan di seluruh negara terutama Semenanjung Malaysia yang mengalami jerebu, dengan sesetengahnya mengalami kualiti udara berbahaya.

Pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kedua-duanya masing-masing 50 dan 42, Sandakan dan Tawau merupakan hanya kawasan di negara ini mempunyai bacaan yang baik (antara kosong dan 50) setakat pagi Selasa.

Di Semenanjung Malaysia, udara yang paling bersih adalah di Langkawi, dengan bacaan IPU pada 51.

Bacaan IPU antara 51 dan 100 dikategorikan “Sederhana”, 101 sehingga 200 sebagai “Tidak sihat” dan 201 sehingga 300 “Sangat tidak sihat”.

Sebarang bacaan melebihi 300 adalah “Berbahaya” manakala bacaan melebih 500 dikategorikan sebagai “ Darurat”.

Kesemua kawasan di Sarawak dan sebahagian tempat di Pantai Timur turut mencatatkan bacaan IPU pada kadar sederhana.

Hanya tiga lokasi di Pantai Timur mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat iaitu Jerantut pada 137, Kemaman (125) dan Kuala Terengganu (101).

Artikel Berikut

Artikel Lain