suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aneh! Pengantin perempuan dihurung lalat ketika bersolek, penduduk dedah rahsia kawasan sebelah

Video tular memaparkan serangan lalat ke atas seorang pengantin.

SATU kejadian yang penuh misteri!

Begitulah kisahnya apabila sejumlah kawanan lalat menghurung seorang pengantin perempuan ketika dia sedang disolek di Solo, wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Klip video memaparkan kejadian itu dimuat naik di platform TikTok pada Khamis lalu.

Dalam video tersebut, ratusan lalat dilihat mengerumuni bahagian wajah dan tubuh wanita berkenaan.

Ketika kejadian, pengantin berkenaan sedang disolek, manakala kawanan serangga itu mendekati tubuh wanita berkenaan.

Pengantin perempuan itu kelihatan tidak selesa dan menyeka wajahnya berkali-kali untuk menghalau lalat-lalat tersebut.

Punca kehadiran lalat yang banyak itu dikatakan kerana lokasi majlis perkahwinan tersebut terletak berhampiran ladang ternakan ayam. - TribunJatim.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain