suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak mampu bayar kos perubatan, lelaki warga emas cekik isteri di katil hospital hingga mati

Penyakit berisiko sememangnya memerlukan kos rawatan yang tinggi. -Foto Unsplash

SEORANG lelaki warga emas tergamak membunuh isterinya kerana tidak mampu membayar kos rawatannya yang tinggi.

Ronnie Wiggs, 75 tahun dari Kansas City, Amerika Syarikat, mencekik isterinya di katil hospital tempat dia dirawat, lapor Associated Press.

Dilaporkan, isterinya datang ke hospital untuk mendapatkan port baru bagi tujuan dialisis.

Laporan polis mendedahkan wanita itu sedang berehat di katil apabila Wiggs membunuhnya.

Perbuatan Wiggs terbongkar apabila kakitangan hospital terdengar lelaki itu bercakap bahawa dia mencekik isterinya, lantas memaklumkan kepada pihak polis.

Wiggs akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia telah membunuh isterinya kerana tidak lagi mampu membayar bil perubatannya.

Warga emas itu didakwa dengan pembunuhan tahap kedua. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain