suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja bertukar tragedi... Wanita maut terjatuh ketika aksi ‘zip line’ setinggi 18 meter

Ghizlane maut terjatuh ketika melakukan aksi 'zip line'. -Gambar kanan hiasan (Facebook)

SEORANG wanita maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 60 kaki (18 meter) ketika melakukan aktiviti lasak 'zip line', pada Ahad lalu.

Mangsa, Ghizlane Moutahir, 41, mengambil bahagian dalam aktiviti lasak itu menerusi platform pada ketinggian 750 kaki (228 meter) dengan kelajuan 120 kilometer sejam (kmj), yang menyaksikan pemandangan indah di Lombardo, Itali.

Bagaimanapun, tali pinggang keselamatan yang memegang Ghizlane didakwa gagal berfungsi dengan baik ketika menghampiri hujung platform.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari itu, pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi. Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan.

Bercakap kepada TODAYNews, Ketua Pegawai Eksekutif Fly Emotion, Matteo Sanguineti berkata, mereka masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

"Kami menyerahkan kepada pihak yang melakukan siasatan dan berhubung rapat dengan keluarga mangsa," katanya.

Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka melakukan aktiviti lasak tersebut sebelum ini.

"Saya terkejut membaca (mengenai) kejadian yang berlaku. Ia benar-benar mengejutkan saya... akan tunggu tunggu hasil siasatan," ujar salah seorang daripada pengunjung. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain