suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam abang tiri hingga mati, pemuda serah diri kepada polis kerana terbayang wajah ibu

Suspek mendakwa dia tidak berniat membunuh abang tirinya ketika disoal siasat polis. -Foto Detik.com

SEORANG pemuda di Kota Medan, Sumatera Utara menyerah diri kepada polis selepas menikam abang tirinya sehingga maut, kerana terbayang wajah ibu.

"Demi ibu tercinta, saya pasrahkan diri," kata suspek yang dikenali sebagai Gilang Prasetya.

Ketika disoal siasat, Gilang, 21, juga mengaku dia sama sekali tidak berniat mahu membunuh abang tirinya itu.

Bagaimanapun, tindakannya yang tanpa sengaja menghayun gunting ketika bertengkar dan terkena leher telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Mangsa, Panji Satria yang berusia 33 tahun, maut gara-gara cedera parah akibat tikaman pada lehernya.

Menurut suspek, pertengkaran antara dia dan abang tirinya tercetus kerana mangsa tidak mahu bergilir-gilir menjalankan tugas sebagai pengawal lalu lintas.

Ujarnya, mangsa telah bertugas sejak tengah hari di hadapan Rumah Sakit Hermina, daerah Medan Helvetia.

"Dia sudah bertugas dari tengah hari, petang hingga malam. Jadi, pendapatan dari situ sekitar 300,000 rupiah (sekitar RM88) sehari," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Helvetia, Pesuruhjaya Alex Piliang mengesahkan motif pembunuhan adalah disebabkan perselisihan faham mengenai tugas mengawal lalu lintas.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman 15 tahun penjara. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain