suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tikam leher isteri muda dengan berus gigi hingga maut, sakit hati mangsa malas buat kerja rumah

Suspek (kiri) berjaya diberkas beberapa jam selepas penemuan mayat isterinya. -Foto Tribunnews

SEORANG lelaki dari Tanjungbatu, Kundur, Indonesia tergamak menikam isterinya dengan menggunakan berus gigi sehingga maut, gara-gara sakit hati kerana mendakwa wanita berkenaan malas melakukan kerja rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kundur Utara, AKP Hendriyal, dalam kejadian pada pagi Ahad (5 Mei), mangsa yang dikenali sebagai Risma Fatmawati, 18, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di bilik tidur oleh ibunya, Norida.

Ketika itu, Norida yang menyangka anaknya masih belum bangun daripada tidur, terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain terdapat sebatang berus gigi tercucuk pada lehernya.

Tambah Hendriyal, polis berjaya menahan suami mangsa beberapa jam selepas penemuan mayat tersebut.

Tangkapan dilakukan anggota Polis Kundur Utara ketika suspek mahu melarikan diri ke Karimun.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku nekad membunuh isterinya kerana sakit hati yang dipendam sejak sekian lama.

"Setiap kali saya pulang kerja, dia tidak pernah memasak. Selalunya saya makan sendiri.

"Kalau saya suruh dia masak atau basuh baju, dia selalu cakap dia bukan orang gaji dalam rumah," katanya.

Suspek juga mendakwa ibu mentuanya sering campur tangan dalam hal rumah tangganya dengan mangsa.

Malah dakwa suspek, ibu mentuanya sering kali menyuruh isterinya (mangsa) mencari lelaki lain.

Suspek dalam pada itu mengaku dia cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain