suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hukum Hudud Tidak Sesuai Untuk Malaysia

LABIS: Hukum hudud tidak sesuai untuk Malaysia kerana rakyat di negara terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, kata Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata, rakyat Malaysia menerima Islam sebagai agama rasmi dan menghormati kepelbagaian agama.

Bagaimanapun, Chua berkata DAP telah mengelirukan lebih ramai masyarakat Cina untuk mempercayai parti Islam itu telah berubah.

"DAP memberi gambaran bahawa PAS telah berputus-asa untuk melaksanakan hukum hudud dan undang-undang tersebut tidak memberi kesan terhadap orang bukan Islam.

"Lebih ramai masyarakat Cina memegang bendera PAS pada pilihan raya kali ini dan mereka tidak akan percaya walaupun kenyataan berhubung niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud disiarkan oleh media," katanya pada sidang media di pejabat MCA Labis di sini, Jumaat.

Chua yang merupakan calon di kerusi Parlimen Labis berkata, PAS percaya mereka tidak mempunyai masalah untuk meraih sokongan Cina dalam usaha untuk merampas Johor.

Chua turut berkata, DAP menggesa PAS untuk berhenti bercakap mengenai hukum hudud apabila parti itu bercakap mengenai polisi undang-undang Islam baru-baru ini.

Katanya, pemimpin PAS telah membangkitkan sebarang kemungkinan untuk mempertimbangkan mengubah cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad di sini kepada Jumaat dan Sabtu.

"Ia pastinya akan menjejaskan kehidupan orang bukan Islam," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain