Dipenjara Sehari, Denda RM10,000 Rasuah Polis RM50 - Semasa | mStar

Dipenjara Sehari, Denda RM10,000 Rasuah Polis RM50

SHAH ALAM: Gara-gara memberi rasuah RM50 kepada seorang anggota polis awal tahun ini, seorang pengusaha ladang kelapa sawit terpaksa membayar dengan harga yang mahal apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu ke atas Tan Tiam Seng, 43, dari Segamat, Johor, selepas tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu pada 1 Januari lepas.

Lelaki itu didakwa memberi rasuah kepada Sarjan Ahmad Khairi Ley sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman ke atasnya kerana memandu sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengubah suai nombor pendaftaran hadapan.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 2.05 pagi di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Plus Cheras-Kajang dan didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Hukuman ke atasnya dijatuhi mengikut Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung isteri, tiga orang anak dan ibu bapanya.

Pegawai Pendakwa dari SPRM, Effezul Azuan Abd Maulop pula memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya serius walaupun nilai rasuah yang terlibat hanya RM50.

Hakim Asmadi kemudian mengingatkan Tan bahawa dia perlu membayar denda minimum RM10,000 dan tertuduh menjawab dia hanya membawa RM4,000 sahaja pada Khamis.

Atas budi bicara, Asmadi membenarkan Tan membayar denda RM5,000 dan memerintahkan tertuduh membayar bakinya selewat-lewatnya Isnin ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain