suria

Mekanik Nafi Dera Kanak-Kanak Tiga Tahun

Mahkamah Majistret di sini tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang mekanik yang dituduh mendera anak tirinya berumur tiga tahun demi keselamatan mangsa yang tinggal bersama tertuduh. Majistret Suhaima Mohd Noor kemudian menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan semula ke atas T. Rajasegaran, 32, di sini yang mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, kira-kira 12.30 tengah hari pada September lepas. Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini. -fotoBERNAMA

KLANG: Seorang mekanik, T. Rajasegaran, 32, menafikan dia bertindak kejam dengan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun seperti yang dipaparkan dalam rakaman video yang kini tersebar.

Suspek pada mulanya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini dan kemudian menukar kenyataannya dan minta dibicarakan atas tuduhan mendera kanak-kanak lelaki yang juga anak tiri isteri keduanya.

Dia telah dituduh mendera budak lelaki itu dengan senduk nasi dan acuan muruku pada September 2012 di sebuah rumah di Kapar, dekat sini.

Majistret Suhaiman Mohd Noor tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mangsa dan tertuduh tinggal serumah.

Beliau menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan kes.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain