'Raja Dadah' Ditahan - Semasa | mStar

'Raja Dadah' Ditahan

PETALING JAYA: Lelaki warga Nigeria dalang sindiket pengedaran dadah yang ditahan di Lukut, Sabtu lalu dipercayai menjadi ketua rangkaian pengedaran dadah antarabangsa yang membekalkan dadah kepada banyak negara.

Menurut sumber, dalang yang berusia 32 tahun itu akan menerima pesanan dadah luar negara mengikut jenis dan kuantiti serta mengatur kaedah untuk menghantarnya kepada pelanggan.

Sejak enam bulan lalu, suspek banyak terbabit dengan urusan pengedaran syabu (methamphetamine) dan heroin.

Difahamkan, walaupun sesetengah dadah yang diseludup masuk ke Malaysia diedarkan di pasaran tempatan, sebahagian besar daripadanya juga telah diseludup keluar semula kerana harganya boleh mencecah sehingga 1,000 peratus lebih tinggi di negara-negara lain.

Sebagai contoh, harga 1kg syabu adalah sekitar RM60,000 di kebanyakan negara Afrika tetapi di Malaysia, ia berharga kira-kira RM200,000, manakala di Indonesia ia boleh mencecah sehingga RM800,000.

Harga dadah boleh mencecah sehingga RM3 juta sekilo di New Zealand, Australia dan Jepun.

Dadah biasanya diseludup ke negara ini melalui ruang tersembunyi dalam beg pakaian dan bagasi oleh kebanyakannya wanita dari pelbagai negara termasuk dari Nigeria, Iran dan Filipina.

Dadah yang diseludup akan dihantar melalui 'keldai dadah' tempatan yang akan membawanya ke sebuah kondominium di tempat operasi di Taman Sri Hartamas yang diuruskan oleh warga Nigeria lain.

Operasi di sini akan menyelia bahagian bekalan untuk perniagaan. Apabila "barang yang dipesan" sampai, dia akan mengatur rancangan untuk menghantar dadah ke negara destinasi.

Teman wanita kepada dalang dadah yang berusia 31 tahun, yang dipercayai "isterinya" juga telah ditangkap.

Dia bertanggungjawab dalam menguruskan bahagian pengangkutan dan memperolehi harta yang digunakan oleh kumpulan di negara ini.

Kejayaan terbaru Jabatan Anti-Narkotik Bukit Aman terhadap pengedar dadah ini berlaku selepas enam bulan pemantauan ke atas kegiatan sindiket.

Orang kanan sindiket ditahan berhampiran kondominium pada 31 Ogos. Polis kemudian menetapkan sasaran mereka untuk menangkap dalang dan dan teman wanitanya di Lukut pada hari berikutnya.

Siasatan masih diteruskam untuk menentukan tahap kekayaan sindiket.

Polis sedang bekerjasama dengan Interpol untuk memecahkan rangkaian pembekal.

Artikel Sebelum

Polis Tumpas Sindiket 'Black Money'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut