suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Perniagaan Didakwa Manipulasi Pasaran Saham

KUALA LUMPUR: Seorang bekas remisier, Datuk Goh Hock Choy, 50, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana memanipulasi pasaran di Bursa Malaysia Sekuriti Berhad melalui 42 akaun sistem depositori pusat (CDS) pada 2004.

Rakan perniagaannya, Siow Chung Peng, 42, didakwa secara berasingan kerana bersubahat.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Inggeris dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M. Komathy Suppiah.

Goh yang kini bergelar seorang ahli perniagaan didakwa meujudkan keadaan mengelirukan berhubung saham Lii Hen Industries Berhad di Bursa Saham Sekuriti Berhad dengan membuat transaksi penjualan dan pembelian saham secara tidak langsung.

Transaksi itu tidak melibatkan sebarang perubahan dalam pemilikan benefisial saham syarikat dilaksanakan melalui akaun CDS.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Bursa Saham Sekuriti Berhad, Tingkat 14, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini antara 26 Mac 2004 dan 28 Oktober 2004.

Hakim menetapkan 4 Oktober untuk pengurusan kes Goh manakala 18 September bagi pengurusan kes Siow.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain