suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yingluck Akan Bertemu PM Di Luar Forum APEC

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra akan bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berbincang berhubung pergolakan di Selatan Thailand apabila mereka menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Vladivostok, Rusia, tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri Jen Yuthasak Sasiprapha yang bertanggungjawab bagi hal ehwal keselamatan berkata di sini hari ini, kedua-dua pemimpin itu akan bertemu di luar forum itu yang dijadual selama tiga hari bermula esok.

Bagaimanapun, Jen Yuthasak tidak memberikan butiran isu yang dijangka dibincangkan kedua-dua perdana menteri itu.

Lebih daripada 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan disyaki pemisah melancarkan kempen bersenjata bagi menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak lapan tahun lalu.

Malaysia menghulurkan bantuan terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi di sempadan kawasan yang bergolak atas jemputan kerajaan Thailand. - BERNAMA

Artikel Lain